Saturday, September 12, 2009


Oleh RAMLI ABDUL HALIM
SETIAP malam Ramadan, tidak kira masjid, surau atau pun madrasah penuh dengan jemaah. Masjid, surau dan madrasah yang imamnya dari kalangan hafiz yang ada ilmu taranum akan menjadi tumpuan ramai berjemaah.
Lazimnya akan didengar selepas selesai terawih komen-komen tentang imam, kononnya imam di masjid, surau dan madrasah 'B' misalnya lebih sedap bacaannya dari imam di masjid, surau dan madrasah 'A', gaya bacannya sebiji macam juara qari tilawatil-Quran peringkat antarabangsa
Kesanggupan bertarawih lapan atau 20 rakaat juga bergantung kepada sedap atau tidaknya bacaan imam.
Malah ada jemaah yang sanggup tukar masjid untuk bertarawih apabila imam di masjid yang dia lazim bertarawih ada musakah dan tidak dapat menjadi imam dalam tempoh semalam dua.
Persoalannya apakah sedap tidak sedap cara imam mengalunkan suaranya yang kena dijadikan faktor untuk bertarawih atau kerana mahu beramal ibadah kerana Allah.
Kalau kerana imam, maka sembahyang tarawih yang dikerjakan cuba ditahap dan distatuskan sebagai budaya, bukannya ibadah.
Kalau terlalu sedap sangat bacaan imam pun boleh menyebabkan makmum terbuai dan leka oleh bacaan imam.
Yang penting bagi yang jadi iman adalah lebih betul bacaannya, terutama al-Fatihah berbanding dengan makmum di samping syarat-syarat sah sembahyang yang lain.
Kalau semuanya sama betul bacaan belaka, kena pilih yang sempurna anggotanya dan kalau semuanya sempurna anggota, kena pilih yang paling tua tetapi bukan nyanyuk.
Manakala makmum pula kena pastikan kualiti sembahyang kena ditingkatkan. Cara kiam, takbiratul-ihram, bacaan al-fatihah kena betul, cara rukuk, iktidal. sujud dan duduk antara dua sujud serta segala rukun kena betul.
Syarat-syarat sah sembahyang kena dipelihara. Tak guna sembahyang sampai 20 rakaat kalau setiap rakaat dalam keadaan batal atau kalau sekadar sembahyang takut dikata kurang lebai kalau sekadar bertarawih lapan rakaat misalnya.
Tidak boleh mendahului iman, tidak boleh dengan sengaja berdehem, tidak boleh gerakan badan tiga kali berturut-turut. Nampaknya dalam keghairahan bertarawih, hal-hal sedemikian tidak diambil berat.
Bila gatal tidak boleh digaru dengan kuat, cukup sekadar menggunakan sebatang jari, digaru tiga kali dan berhenti, kemudian garu lagi, juga sekadar tiga kali kalau gatal masih belum hilang.
Amal ibadah, termasuk sembahyang tidak boleh dibuat dalam keadaan jahil. Masih ramai jemaah yang bangun lebih awal dari iman bagi memulakan rakaat sembahyang, juga masih ramai yang pakai kopiah atau songkok, malah serban juga menutup separuh dari dahi.
Tidak kurang pula yang berdehem, yang mengeluh mungkin kerana tidak tahan terlalu berdiri kerana imam baca surah yang panjang dan ada yang menggaru sampai bergerak seluruh badan melebihi tiga kali.
Masih ada yang cara rukuk, sujud dan bersimpuhnya tidak betul dan tidak menepati apa yang dihukumkan sebagai syarat sah sembahyang sebagaimana yang terkandung dalam kitab-kitab fikah.
Sembahyang bererti kita sedang berdepan dengan Allah dan ketika membaca al-fatihah bermakna kita sedang berkomunikasi dengan Allah kerana setiap ayat al-fatihah yang kita baca, Allah akan memberi respons.
Sebab itulah al-fatihah lebih afdal dibaca ayat demi ayat, bukannya dibaca dalam keadaan bersambungan.
Kalau adalah imam yang baca al-fatihah dalam hanya senafas semata-mata kerana nafasnya panjang atau kerana mahu cepat selesai, imam sedemikian walaupun seorang hafiz ia termasuk dalam bilangan hafiz yang jahil.
Mudah-mudahan kita bertarawih pada bulan Ramadhan kali ini dalam keadaan lebih berilmu supaya kualiti amal ibadah, iman dan takwa kita kian meningkat berbanding dengan Ramadan-Ramadan yang telah lepas.
*RAMLI ABDUL HALIM ialah bekas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dan menjadi pengamal media sejak tahun 1973.

Related Links
· More about Tazkirah· News by ayahmat
Most read story about Tazkirah:TVceramah : Ayahanda Marah..??? Oleh Ust Sharil Long
Article Rating
Average Score: 0Votes: 0
Please take a second and vote for this article:
Options
Printer Friendly

Wednesday, September 9, 2009

Ruamah Setiausaha Jabatan Amal Sik Di Masuki Pencuri


Semalam selepas berbuka puasa bersama keluarga, pekena rokok dulu sebatang, agak lega sikit baru la pakat cari sejadah sembahyang maghrib berjemaah bersama keluarga. Selesai semua program di rumah, saya pun keluar menuju ke Kg Charuk kemuning kerana semalam lepas Terawih orang Kg ada buat bacaan Yassin kerana Hj Sahak veteran PAS Charuk kemuning sedang tenat di dalam hospital Sik. Kemudian dari itu Ketua Kg Buat mesyuarat Kenduri kahwin pulak.
Yang saya nak cerita di sini ialah saya dan Nazri S/U Amal berjumpa dan minum di pekan Sik sebelum saya balik ke Kg Charuk Kemuning. Macam-macam la dok sembang, maklum la lama tak jumpa, dari program-program Jabatan Amal hinggalah tajuk-tajuk politik semasa yang menghangatkan senario politik tanahair.
Sedang kami dok minum tu, Nazri dapat mesej dari isterinya dan apabila Nazri talipon isterinya, Isterinya memaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki yang tidak di kenali berdiri dihadapan pagar rumahnya. Agak lama, kata isterinya.
Kebetulan baru-baru ini, rumah Paklang Mat dekat rumah nazri baru sahaja kena pecah, jadi kami pun sembanglah tajuk itu, saya syorkan pada nazri supaya pasang alarm di rumahnya, maklumlah di a orang senang. Lupa nak bagi tahu, Nazri ni bekerja di Sekolah Men Sik sebagai pengawal keselamatan. Jadi pada waktu kejadian semalam beliau tidak ada di rumah, tidor di Sekolah Sik.
Sehingga berita ini di tulis, saya masih belum berjumpa atau pergi melawat rumah beliau. Kita mengharapkan agar Saudara Nazri sekeluarga dapat bersabar menempuh dugaan ini.
Jambori Amal Sik 2009 di Chalet Mat Suji
Jabatan Amal DPPKS pada satu ketika dahulu pada era kegemilangan seperti Zulkifli Samsir, Bakar mukti dan Maliki dikenali sehingga ke peringkat kebangsaan. Justeru, Penyelaras Jabatan Amal DPPKS yang baru Sdr Najib Ahmad bertekad membangunkan semula Unit Amal Sik selaras dengan perkembangan semasa. Untuk tujuan itu, satu program yang dinamakan Jambori Amal Sik akan diadakan tidak berapa lagi.
"Program pertama Jabatan Amal DPPKS pada sesi 2009-2011 ialah untuk mengadakan Jambori Amal Peringkat Kawasan Sik. Pihak J/k jabatan Amal sik telah bersetuju untuk mengadakan jambori amal peringkat Kawasan Sik di Pantai Sungai, Charuk Sireh Chepir atau Chalet Mad Suji." Katanya ketika dihubungi pemudasikdaily.
Menurut beliau lagi, "Objektif program tersebut adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli dan menambah ahli-ahli baru dan meningkatkan daya saing dalam kerja berkumpulan sebagai medan tarbiah di kalangan pemuda mendepani cabaran semasa".
Sesiapa yang berminat untuk mendapat maklumat berkaitan program ini boleh menghubungi beliau atau skretariat Jabatan Amal di Pejabat Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Sungai Pau.
JAMBORI AMAL SIK SEMAI SEMANGAT JIHAD - PENGARAH UNIT AMAL SIK

Program Jambori Amal Sik anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik 2009 yang berlangsung pada 16, 17 dan 18 Julai 2009 baru-baru ini telah berhasil membentuk semangat jihad yang tinggi di kalangan pemuda-pemuda Sik untuk mempertahankan kemuliaan Islam. Menurut pengarah Unit Amal Sik Sdr. Najib Ahmad, program ini dihadiri hampir 50 pemuda daripada seluruh sik dan mendapat perhatian menggalakan daripada penduduk berdekatan tapak kem di Kg. Chepir, Sik, Kedah. " Tujuan program ini adalah bertujuan mengaktifkan semula Unit Amal Sik dan meningkatkan tahap persaudaraan dan cintakan Islam yang tinggi di kalangan peserta telah berjaya dicapai", katanya kepada pemudasikdaily. " Apa yang penting kita nak semaikan semangat jihad kepada pemuda-pemuda ini," katanya lagi. Beliau seterusnya menyatakan program ini akan diadakan secara berkala dan bersiri dari masa ke semasa.

Wednesday, September 2, 2009

SELAMAT DATANG


Selamat datang ke blog Jabatan Amal Sik.