Thursday, December 10, 2009

Perkasakan Tarbiyyah - Perkukuhkan Parti

1. Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam [ Harakah Islamiyyah ] yang mengambil pendekatan menyertai pilihanraya sebagai sebuah parti politik yang berdaftar .

2. Politik adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangan Islam yang wajib dilunas sebaik mungkin . Ianya menjadi alat atau wasilah untuk mendapatkan kuasa bagi mendaulatkan syariat Islam sebagai satu perundangan atau peraturan yang adil , telus , saksama dan bestari .

3. Namun begitu menang dan kuasa hanyalah wasilah perjuangan bagi mencapai matlamatnya iaitu redha Allah swt . [ الله غايتنا ] . Mutaakhir ini saya lihat ada beberapa perkara yang memerlukan allignment dan balancing di dalam PAS agar perjalanan atau pergerakkan PAS menuju destinasi [ matlamat ] tidak makan sebelah dan bergegar sepanjang jalan .

4. Ucapan dasar Presiden PAS telah menegaskan bahawa PAS mesti bergerak seimbang [ tidak makan sebelah ] dan tenang [ tidak bergegar ] dengan 3 fungsi utamanya iaitu :

a] Harakatut Tarbiyyah ,
b] Harakatud Dakwah dan
c] Harakatus Siyasiah .

5. Pada pengamatan saya , kini ramai [ sebahagian ] pimpinan dan anggota PAS agak berlebihan dalam menumpukan gerakkerja politik [ harakatus siyasiah ] sementara sangat tidak mengambil berat terhadap gerakkerja tarbiyyah . Mereka sanggup bersengkang mata untuk memastikan kemenangan kerusi mereka bahkan sanggup jua bertegang leher sesama sendiri demi sebuah strategi politik . Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihanraya sehingga mengorbankan sahabat seperjuangan dalam PAS .

6. Amal tarbawi seperti tiada lagi tempat dan ruang . Ukhuwwah sesama pimpinan dan anggota parti dilihat sinis . Mudah bertengkar dan bermasam muka . Sering dipengaruhi rasa curiga antara satu sama lain . Memandang sahabat seperjuangan seperti musuh yang dilapah dan disiat seluruh maruah dan aibnya di dada akhbar dan blog . Sukar bertolak ansur sebaliknya mudah bersengketa . Berbicara sesama sendiri seperti bicara dengan musuh .

7. Bukan sahaja parti bergerak secara tidak seimbang [ makan sebelah ] tetapi juga tidak tenang [ bergegar ] sepanjang jalan . Suara luar boleh masuk dan mempengaruhi sebahagian pimpinan PAS dengan mudah . Tahap thiqah [ kepercayaan ] kepada pucuk pimpinan parti semakin berkurangan . Budaya menghentam pimpinan secara terbuka semakin menjadi trend . Rahsia parti dan minit mesyuarat dibongkar tanpa rasa bersalah . Mereka berpolitik bukan hanya dengan musuh tetapi lebih hebat sesama sendiri .

8. Saya lihat perlunya kedudukan dan perjalanan parti kita ditimbang dan dibetulkan semula . Semua pihak sewajarnya ambil peranan ini dengan penuh insaf dan sedar . Kembalikan izzah berjamaah dengan semarak amal tarbawi . Bina semula wehdatul fikri dan wehdatul amal . Jaga kerahsiaan jamaah dengan mengenal pasti apa yang patut rahsia dan apa yang patut dedah . Fikrah Islam mesti jelas ! jangan biarkan ia kabur disebalik jerebu kemenangan .

9. Semua pihak mesti merendahkan sayap . Kembalikan suasana lazat dan seronok bekerja dalam jamaah . Pastikan berjuang untuk menambah pahala bukan berjuang untuk memperbanyakkan dosa dek kerana fitnah dan pertelingkahan sesama sendiri . Berlapang dada dan bersedia untuk dinasihati dan ditegur . Hidupkan semula amal tarbawi biarpun dengan gaya moden atau paling tidak , kekalkan warisan tradisi yang soleh seperti usrah , tamrin qiadi , mukhayyam tarbawi , liqa fikri , ijtima' tarbawi dan lain - lain .

10. Perkukuhkan parti kita [ PAS ] sebelum kita nak perkukuhkan parti orang lain . Fokus pada potfolio yang diamanahkan kepada kita . Usahlah kita ambil kerja orang lain atau dalam bahasa lain menggali tanah kebun orang lain . Menuding dan menilai kerja orang lain bagaikan nak rak tetapi malang kerja sendiri entah kemana failnya . Pada masa yang sama , perkasakan amal tarbawi . Jangan culas untuk hadhir program yang membina diri , aqidah dan fikrah . Usah berlagak pandai dan bijak . Rendahkan sayap demi amal jamaei . Kurangkan alasan atau jangan banyak sangat bermain alasan untuk tidak melibatkan diri dengan program amal tarbawi , kerana kelak menjadikan kita tidak seimbang [ makan sebelah ] .

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi

Monday, October 19, 2009

JAMBORI AMAL PUSAT 2009




TEMPAT:BATU 23, KG SUNGAI NIBONG, SUNGAI BESAR,SELANGOR DARUL EHSAN.

TARIKH:30hb OKT hingga 1hb NOV. 2009

Peserta : 17tahun ke atas sahaja.(36 orang setiap kawasan)



Acara : Amal Race, Rentas Halangan, Sukan Rakyat, Keluarga Angkat, Bolasepak, Aktiviti Kemasyarakatan, Kawad, Persembahan Artis Amal dsb.Yuran : RM20.00 seorang (pendaftaran, makan & t-shirt)


Sila panjangkan maklumat ini kepada kawasan tuan2. Terima kasih.

jabatan amal kawasan
muhamad nazri b.abdul ghani

Sunday, October 11, 2009

Pemilihan Ahli Majlis Mesyuarat Majlis Daerah Sik

By najib October 11, 2009

Debaran di hati kita, maupun pengundi DUN Bagan Pinang bakal terjawab pada petang ini, pagi ini walaupun dalam keadaan hujan lebat yang turun awal pagi tadi, tidak mematahkan semangat para pengundi PAS dan Umno untuk bersama-sama mencari pemimpin yang baru, berikutan kekosongan kerusi DUN itu baru-baru ini.

Hukum adat mengatakan di situ, PAS tidak akan menang kerana kawasan itu memang dari puluhan tahun lagi terdapat penipuan biasa dan melalui undi pos terlalu banyak. Tidak banyak usaha yang boleh di lakukan oleh PAS di kawasan itu, PAS perlu mencari 7 hingga 8 ribu orang awam untuk mendapat majoriti. Terlalu sukar berbanding Umno, mereka hanya perlu cari 1 – 2 ribu saja kerana undi pos itu. Mereka mendapat ”advance” dengan 4000 lebih pengundi. Selagi SPR tidak telus dalam masaalah undi pos ini, selagi itu Umno/ Bn akan mendapat “advance” di setiap kawasan yang ada undi pos.

Untuk pengundi Bagan Pinang, kita mengharapkan agar mereka membuat pilihan yang bijak, orang tua-tua membuat perumpamaan, ” walaupun pokok nyiur nampak kurus tinggi, dan tak elok tapi ia lagi berguna dari batang, buah hingga ke daunnya. Pokok tebu nampak cantik, manis tapi apabila tua nampak luar masih cantik, tapi dalamnya sudah tinggal “hampas”.
Kita di sik juga, bagi Ajk PAS kawasan Sik mereka juga akan mengundi untuk memilih Ahli Majlis Mesyuarat majlis Daerah Sik. Apa yang kita dapat lihat disini, cara ini bagi memang bagus dan akan memberi tekanan tanggungjawab kepada sesiapa yang di pilih. Selepas ini, orang yang dipilih dan orang yang memilih semestinya kena ” dengar dan taat”. Kita tidak mahu masih ada lagi suara-suara yang tidak puas hati dan sebagainya.

Yang menjadi isu ialah, adakah cara ini mendapat restu semua ahli-ahli PAS? Saya terdengar ada suara yang mengatakan cara ini sudah di atur oleh sekolompok ahli yang nak menentukan orangnya menjadi Ahli MDS, sebab yang mengundi dan di undi adalah satu kelompok yang sama. Itu suara orang yang berfikiran negativ dan tak terbuka, saya amat bersetuju dengan cara yang akan di lakukan oleh PAS kawasan sik. Lebih baik lagi kalau kita buat undi terbuka, sebut nama calon, kalau ada sokongan kepada calon itu, kita angkat tangan. Semua orang tahu. itu cadangan saya.

Satu harapan saya agar SPR nanti mesti telus, bukan dari kalangan PAS Kawasan sendiri kerana jika SPR dari PAS Kawasan sendiri, ia akan menimbulkan fitnah seperti mana kita melawan SPR di Bagan Pinang. Jika sistem undian kita ini akan dapat menyelesaikan masalaah ketidakpuasan hati penduduk sik kepada Ahli Majlis yang sedia, saya menyokong penuh sistem ini.
Saya berdoa agarAhli Majlis yang akan di pilih nanti, naiklah dan bawalah mesej PAS, kerana orang PAS akan taat pada pemimpin yang membawa wadah PAS.

Naib Ketua DPPKS

Tuesday, October 6, 2009

Gempa Bumi : Waktu dan Nombor Surah , Kuasa Allah yg saja Mengetahui

Salam w.b.tAku peroleh sepucuk emel dari orang jauh. Sesudah baca emel tersebut, aku buka Al-Qur'an terjemahan kegemarankuSubhnallah.
Ini bukan kebetulan bukan?Emel tersebut berbunyi begini....................."subhanallahh. .

waktu2 gempa di indonesia :di Tasik 15:04 ,

(Surah Al Hijr,surah ke 15,ayat keempat)
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri,melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya"

di Padang(gempa pertama) 17:16 ,

(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat ke 16)

"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu(agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan(hukuman kami) kemudian Kami binasakan sama sekali(negeri itu)"

di Padang(gempa kedua) 17:58 ,

(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat 58)

"Dan tidak ada suatu negeri pun(yang derhaka penduduknya),melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa(penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab Luh Mahfuz"

gempa di Jampi (ke esokkannya dr padang) 08:52...

(Surah Al-Anfal,surah ke 8 ayat 52)
"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka.Mereka mengingkari ayat-ayat Allah,maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sungguh Allah Maha Kuat lagi keras siksaNya"Wallahua'lam

anuar464

Saturday, October 3, 2009

Sambutan Rumah Terbuka Idul Fitri MTD Belantik


Walaupun kita berada di di pertengahan Syawal 1430, tapi kemeriahan Raya masih terasa di mana-mana. " Rumah Terbuka Raya" semacam menjadi satu trend pada masa ini , Jabatan-jabatan kerajaan di Sik boleh di katakan berebut mangadakan "Rumah Terbuka", tak terkecuali juga orang Kampung yang berkemampuan, Cawangan-cawangan, Markaz-markaz PAS dan juga PAS Kawasan.



Hari Jumaat yang lalu, MTD Belantik turut mengadakan program rumah terbuka tersebut. Walaupun sambutan yang sederhana, kehadiran Yb Che Uda Che Nik, Ahli Parlimen Sik dan Yb Cikgu Ya, Adun Jeneri turut memeriahkan Majlis tersebut. Menurut ketua HELWA MTD Belantik, Salmiah Bt Said, tujuan program ini di adakan adalah selain meraikan Hari Raya, program ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara Semua AJK MTD dan keluarga dengan penduduk sekitar pekan Sik.


Gambar-gambar sekitar majlis jamuan raya MTD Belantik pada 02/10/2009 yang lalu.
















Saturday, September 12, 2009


Oleh RAMLI ABDUL HALIM
SETIAP malam Ramadan, tidak kira masjid, surau atau pun madrasah penuh dengan jemaah. Masjid, surau dan madrasah yang imamnya dari kalangan hafiz yang ada ilmu taranum akan menjadi tumpuan ramai berjemaah.
Lazimnya akan didengar selepas selesai terawih komen-komen tentang imam, kononnya imam di masjid, surau dan madrasah 'B' misalnya lebih sedap bacaannya dari imam di masjid, surau dan madrasah 'A', gaya bacannya sebiji macam juara qari tilawatil-Quran peringkat antarabangsa
Kesanggupan bertarawih lapan atau 20 rakaat juga bergantung kepada sedap atau tidaknya bacaan imam.
Malah ada jemaah yang sanggup tukar masjid untuk bertarawih apabila imam di masjid yang dia lazim bertarawih ada musakah dan tidak dapat menjadi imam dalam tempoh semalam dua.
Persoalannya apakah sedap tidak sedap cara imam mengalunkan suaranya yang kena dijadikan faktor untuk bertarawih atau kerana mahu beramal ibadah kerana Allah.
Kalau kerana imam, maka sembahyang tarawih yang dikerjakan cuba ditahap dan distatuskan sebagai budaya, bukannya ibadah.
Kalau terlalu sedap sangat bacaan imam pun boleh menyebabkan makmum terbuai dan leka oleh bacaan imam.
Yang penting bagi yang jadi iman adalah lebih betul bacaannya, terutama al-Fatihah berbanding dengan makmum di samping syarat-syarat sah sembahyang yang lain.
Kalau semuanya sama betul bacaan belaka, kena pilih yang sempurna anggotanya dan kalau semuanya sempurna anggota, kena pilih yang paling tua tetapi bukan nyanyuk.
Manakala makmum pula kena pastikan kualiti sembahyang kena ditingkatkan. Cara kiam, takbiratul-ihram, bacaan al-fatihah kena betul, cara rukuk, iktidal. sujud dan duduk antara dua sujud serta segala rukun kena betul.
Syarat-syarat sah sembahyang kena dipelihara. Tak guna sembahyang sampai 20 rakaat kalau setiap rakaat dalam keadaan batal atau kalau sekadar sembahyang takut dikata kurang lebai kalau sekadar bertarawih lapan rakaat misalnya.
Tidak boleh mendahului iman, tidak boleh dengan sengaja berdehem, tidak boleh gerakan badan tiga kali berturut-turut. Nampaknya dalam keghairahan bertarawih, hal-hal sedemikian tidak diambil berat.
Bila gatal tidak boleh digaru dengan kuat, cukup sekadar menggunakan sebatang jari, digaru tiga kali dan berhenti, kemudian garu lagi, juga sekadar tiga kali kalau gatal masih belum hilang.
Amal ibadah, termasuk sembahyang tidak boleh dibuat dalam keadaan jahil. Masih ramai jemaah yang bangun lebih awal dari iman bagi memulakan rakaat sembahyang, juga masih ramai yang pakai kopiah atau songkok, malah serban juga menutup separuh dari dahi.
Tidak kurang pula yang berdehem, yang mengeluh mungkin kerana tidak tahan terlalu berdiri kerana imam baca surah yang panjang dan ada yang menggaru sampai bergerak seluruh badan melebihi tiga kali.
Masih ada yang cara rukuk, sujud dan bersimpuhnya tidak betul dan tidak menepati apa yang dihukumkan sebagai syarat sah sembahyang sebagaimana yang terkandung dalam kitab-kitab fikah.
Sembahyang bererti kita sedang berdepan dengan Allah dan ketika membaca al-fatihah bermakna kita sedang berkomunikasi dengan Allah kerana setiap ayat al-fatihah yang kita baca, Allah akan memberi respons.
Sebab itulah al-fatihah lebih afdal dibaca ayat demi ayat, bukannya dibaca dalam keadaan bersambungan.
Kalau adalah imam yang baca al-fatihah dalam hanya senafas semata-mata kerana nafasnya panjang atau kerana mahu cepat selesai, imam sedemikian walaupun seorang hafiz ia termasuk dalam bilangan hafiz yang jahil.
Mudah-mudahan kita bertarawih pada bulan Ramadhan kali ini dalam keadaan lebih berilmu supaya kualiti amal ibadah, iman dan takwa kita kian meningkat berbanding dengan Ramadan-Ramadan yang telah lepas.
*RAMLI ABDUL HALIM ialah bekas pelajar Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan dan menjadi pengamal media sejak tahun 1973.

Related Links
· More about Tazkirah· News by ayahmat
Most read story about Tazkirah:TVceramah : Ayahanda Marah..??? Oleh Ust Sharil Long
Article Rating
Average Score: 0Votes: 0
Please take a second and vote for this article:
Options
Printer Friendly

Wednesday, September 9, 2009

Ruamah Setiausaha Jabatan Amal Sik Di Masuki Pencuri


Semalam selepas berbuka puasa bersama keluarga, pekena rokok dulu sebatang, agak lega sikit baru la pakat cari sejadah sembahyang maghrib berjemaah bersama keluarga. Selesai semua program di rumah, saya pun keluar menuju ke Kg Charuk kemuning kerana semalam lepas Terawih orang Kg ada buat bacaan Yassin kerana Hj Sahak veteran PAS Charuk kemuning sedang tenat di dalam hospital Sik. Kemudian dari itu Ketua Kg Buat mesyuarat Kenduri kahwin pulak.
Yang saya nak cerita di sini ialah saya dan Nazri S/U Amal berjumpa dan minum di pekan Sik sebelum saya balik ke Kg Charuk Kemuning. Macam-macam la dok sembang, maklum la lama tak jumpa, dari program-program Jabatan Amal hinggalah tajuk-tajuk politik semasa yang menghangatkan senario politik tanahair.
Sedang kami dok minum tu, Nazri dapat mesej dari isterinya dan apabila Nazri talipon isterinya, Isterinya memaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki yang tidak di kenali berdiri dihadapan pagar rumahnya. Agak lama, kata isterinya.
Kebetulan baru-baru ini, rumah Paklang Mat dekat rumah nazri baru sahaja kena pecah, jadi kami pun sembanglah tajuk itu, saya syorkan pada nazri supaya pasang alarm di rumahnya, maklumlah di a orang senang. Lupa nak bagi tahu, Nazri ni bekerja di Sekolah Men Sik sebagai pengawal keselamatan. Jadi pada waktu kejadian semalam beliau tidak ada di rumah, tidor di Sekolah Sik.
Sehingga berita ini di tulis, saya masih belum berjumpa atau pergi melawat rumah beliau. Kita mengharapkan agar Saudara Nazri sekeluarga dapat bersabar menempuh dugaan ini.